LOKASI : TURTLE ISLAND PARK
Taman Negara Pulau Penyu terletak 40km utara dari
Sandakan, Sabah. Ia terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Selingan, Bakkungan
Kecil dan Gulisan, dikelilingi oleh terumbu karang dan laut. Ia terkenal dengan
Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill Turtles)
yang datang bertelur di pantai pulau ini.
Hanya di Pulau Selingan menyediakan perkhidmatan
chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini bagi menyaksikan penyu
bertelur. Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi penyu naik ke pantai
untuk bertelur.
Bulan yang sesuai untuk berkunjung ke tempat ini
adalah Mac dan September, elakkan mengunjungi dari bulan Oktober ke Februari
kerana tempoh berkenaan adalah berlakunya musim angin kencang Monsoon
Timurlaut.
PENGANGKUTAN
Para pengunjung boleh menaiki bot dari Sandakan ke
Pulau Selingan. Walau bagaimanapun, tiada parkhidmatan bot awam disediakan.
Oleh itu, pengunjung perlu berjumpa dengan pegawai bertugas di taman negara
tersebut atau mengatur perjalanan ke Pulau Selingan melalui ejen pelancongan.