CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

LOKASI MENARIK DI SABAH

LOKASI :  PORING HOT SPRING
 


Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu.
Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok
KEMUDAHAN PENGANGKUTAN YANG DISEDIAKAN
Para pelancong boleh menaiki bas yang disediakan oleh syarikat kami dari hotel  untuk ke Kolam Air Panas Poring
Bagi sesiapa yang ingin kesana dengan pengangkutan sendiri anda boleh menaiki pengangkutan awam yang disediakan dan anda juga boleh menaiki teksi dengan anggaran tambang sebanyak RM30.