Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di
utara pulau Borneo,
pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan
seluas 72,500 kilometer persegi dengan
pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan
Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di
sebelah timur laut dan
Laut Celebes di sebelah selatan.
Dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan
semulajadi tetapi ia
juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.
Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter
garis
pusat ditemui di Sabah.
Banyak spesies anggerik atau orkid, periok kera dan
rhododendron yang
didapati tumbuh di Sabah.
Kawasannya yang
bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang
mengalir melalui
lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur.
Banyak gua ditemui di
hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara
tersergam indah
dengan ketinggian 4,101 meter.
Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat
lindungan bagi hidupan liar
seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah,
pelanduk, monyet,
tupai terbang, rusa dan burung.
Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan
menggunakan
lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.
Kadazandusun (merupakan
satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah),
Murut, Paitan, dan Bajau.
Kumpulan
penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei.
Sebagai
tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk
bukan asli yang terbesar.
Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan
penduduk berbagai-bagai kaum dengan
latarbelakang
kebudayaan masing-masing.
Sabah telah diduduki
oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu.
Islam sampai di Sabah
menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16
melalui pedagang Arab dan India dan juga
hasil dari
pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.
Orang-orang Eropah
datang ke Sabah dua abad kemudiannya.
Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British
membuka
tempat perdagangan di Pulau Balembangan.
Bagaimanapun, Sabah telah
ditadbir dengan jayanya oleh
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga
1942 apabila
tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat
peperangan,
Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia
mencapai
pemerintahan sendiri dari pihak British.
Pada 16 September 1963, Sabah
bersama Sarawak, Singapura dan
Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.