CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

LOKASI MENARIK DI SABAH PART 4

LOKASI : PUSAT PEMULIHAN ORANG UTAN SEPILOK
 
 
 
 

Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar.
Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan.
Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.
Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini.
Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda.
Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu :
lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia
dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka. Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.

PENGANGKUTAN



Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.

Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan.
Pengangkutan Syarikat akan berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas. Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh setengah km ke dalam.

Bayaran Masuk RM10.00 seorang
(Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran)


Tambang pengangkutan dari Bandar Sandakan
Teksi : RM 100
Bas Syarikat Kami : RM 2.10 untuk sehala

MASA DI BUKA

Pagar Keselamatan
Setiap hari
8.00 pagi – 5.00 petang
Kaunter Tiket
Setiap hari
9.00 pagi – 11.00 pagi
2.00 ptg - 3.30 ptg
Dewan Pameran
Setiap hari (kecuali Jumaat)
9.00 pagi - 4.30 petang

 

Pagar Keselamatan :
Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kaunter Sambutan dan Tiket :
Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang
Dewan Pameran :
Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang
Pusat :
Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00petang

Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang

 
YURAN KEMASUKAN
DEWASA : RM 5.00
BAWAH 18 TAHUN : RM 2.00

LAIN-LAIN
DEWASA : RM 30.00
BAWAH 18 TAHUN : RM 15.00
PENGGUNAAN KAMERA & TELEFON BIMBIT
DI KENAKAN BAYARAN RM 10.00